Rabu, Jun 11, 2008

Sekadar Renungan ...

Assalamualaikum,
Sampaikan pesanan walaupun satu ayat ....(Khabar yang diterima)

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu,
saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tigasurah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang
betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga'bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke
mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi
hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya
sampaikan. Iqra'.....! Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind… Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

Isnin, Jun 09, 2008

Tenangkan Diri .... Rehatkan Minda ... Tungguuuuu

Salam sejahtera buat insan yang terpena atau ternganga akibat kenaikan harga minyak. Usah risau atau gelabah, hidup harus diteruskan dan perjuangan masih panjang. Usah tersasau akibat bajet jadi ciput dan lari dari sasaran. Usah mengamuk dan marahkan kerajaan atau Pak lah. Ini adalah masalah global. Kita harus menghadapinya dengan tabah dan gembira. Ambil ia dari sudut yang positif. Dengan itu, barulah minda kita ceria dan hidup tambah bahagia tapi bagaimana????

Kalau minyak dah naik, maka banyaklah yang terpaksa kita kurangkan, kurangkan, kurangkan. Ini termasuklah makan iaitu berhenti sebelum kenyang ... kan itu sunah. Kurangkan beli-belah barang yang tak perlu, jangan beli terus aje kalau berkenan, fikir 10 kali dulu. Kurangkan berjalan-jalan atau ronda-ronda dengan kereta tapi sebaliknya banyakkan masa dirumah bersama anak dan isteri. Dengan ini lebih banyak masa berharga akan terluang untuk anak dan isteri. Kalau rajin tu, tanam-tanamlah tanaman kat belakang rumah dan jangan tanam dalam rumah ajer. Itulah kesan positif yang perlu kita ambil berkaitan krisis kenaikan harga minyak ini. Ini merupakan langkah jangka masa pendek dan untuk jangka masa panjang... tunggu lima tahun lagi, kita pangkah ........ lagi.

Kehebatan Sedekah ....

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?" Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi), Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?" Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?" Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat), Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia. Ganjaran bersedekah RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb : Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8} Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261} RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya". Tolak Bala dengan Sedekah Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb : "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah". Ubatilah penyakitmu dengan sedekah Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah, Sedekah yg pahalanya terus mengalir Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Jumaat, Jun 06, 2008

Rahsia Solat .....

Di bawah ini adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafirtidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapamereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ' FRIDAY the 13th' jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!'

Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui.......

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkanmenetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,dan berdo'a.
Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'AllahumaKamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkautelah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidakberbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atautakabur.Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi DaudAS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikiankita akan banyak dikenal dan disayangi.Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......1. Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2. Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.3. Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.4Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.6. I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.7. Sujud :Memaagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.8. Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.10. Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nangkir di dalam kubur.11. Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.12 .Salam :Memelihara kita di dalam kubur. 13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :Wassalam.'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Khamis, Jun 05, 2008

Di Manakah kita ketika itu? Ikhtibar

Bermalam di katil seorang pemuda

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai. Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal. Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik. Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal... Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi............??????............................ Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah sangat. Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...?????? So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut. Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah..................................................

MOTIF CERITA....................
Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup.

Rabu, Jun 04, 2008

Teman

Teman
aku masih mencari-cari
teman-teman sepermainan
teman-teman sepersekolahanteman-teman seperjuangan
teman-teman sealiran
teman-teman yang lama menghilang.

Teman
dimana kamu ?
di sisi tunang ?di sisi kekasih ?
di sisi isteri ?
di sisi anak ?
di sisi cucu ?
di mana jua kamu berada
ingatlah ana sebagai seorang teman
Teman tapi Mesra.
Salam rindu dari PTSS