Jumaat, Julai 31, 2009

Boikot...Berterusan..Sampai..Berjaya.Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam Ajer

Ketika melintasi restoran-restoran makanan segera asing yang anda sendiri maklum menyokong pendudukan dan penjajahan Yahudi di Palestin, saya berasa amat pelik kerana setelah ada yang penat lelah turut sama mengikuti kempen mengutuk dan memijak serta barangkali membakar bendera Israel tidak berapa lama dahulu, namun tetap ada juga sahabat seagama kita yang terus sama menyokong dengan membeli barangan tersebut.

Logikal memboikot barangan Yahudi benar, saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadap produk Yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka. Mereka pula bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut. Pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.

NAMUN jika dinilai dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita, ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1, beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.

Bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi, kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tidak meminum coca-cola ataupun berhenti makan di KFC dan Mc Donald, bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan KFC. Lebih molek lagi andai syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan seperti yang dialkukan oleh syarikat HPA yang telah membuka restoran RFC(Radix Fried Chichken) dan punya beberapa cawangan di beberapa tempat.

Umat Islam harus bersatu!

Jika umat islam di Malaysia ini pandang hal ini, ini merupakan aspek KESATUAN UMAT ISLAM. Ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang muslim,kita selalu mendengar tentang persaudaraan umat Islam. Anda boleh merujuk Al-Quran tentangnya :

"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ,maka damaikanlah antara keduanya”

Bahkan dalam hadis Rasulullah s.a.w menyatakan :

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. Persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja! Maka, wahai saudara-saudaraku, adakah syurga itu murah?

Adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tidak logik untuk memboikot bahkan tidak logik untuk membantu?

Adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan?

Adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan,
“Saudaraku, saudara se-Islam ku! TERNYATA KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU-PELURU MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK-ANAK PALESTIN, MEMBUNUH SAUDARA SEMUSLIM MU SENDIRI!”

Pedulikah kita dengan nasib umat Islam di Palestin?

Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan? Dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan? Benar,mungkin tidak semua barangan tersebut dapat kita boikot dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersebut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita. Tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.

Selagi mampu kita laksanakan, kita laksanakan. Kalau memboikot adalah yang paling mampu kita lakukan,maka kenapa tidak kita lakukan?

Fikirkan nasib saudara kita sentiasa..dimana jua dibumi tercinta ini.

Berkongsi Ilmu....bab Mandi.....

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
1:- niat.
2:- menghilangkan najis di badan.
3:- meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau

" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana² bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut , tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza .. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Kisah Iman Hanafi....Keikhlasan Berdagang

Selepas sholat subuh, Imam Hanafi bersiap membuka tokonya, di pusat kota kufah. Diperiksanya dengan cermat pakaian dan kain yang akan dijual. Sewaktu menemukan pakaian yang cacat, ia segera menyisihkannya dan meletakkannya di tempat yang terbuka. Supaya kalau ada yang akan membeli, ia dapat memperlihatkannya.

Ketika hari mulai siang, banyak pengunjung yang datang ke tokonya untuk membeli barang dagangannya. Tapi, ada juga yang hanya memilih-milih saja.
"Mari silakan, dilihat dulu barangnya. Mungkin ada yang disukai,"tawar Imam Hanafi tersenyum ramah.
Seorang pengunjung tertarik pada pakaian yang tergantung di pojok kiri.
"Bolehkah aku melihat pakaian itu?" tanya perempuan itu. Imam Hanafi segera mengambilkannya.
"Berapa harganya?"tanyanya sambil memandangi pakaian itu. Pakaian ini memang bagus. Tapi, ada sedikit cacat di bagian lengannya."Imam Hanafi memperlihatkan cacat yang hampir tak tampak pada pakaian itu.
"Sayang sekali."perempuan itu tampak kecewa.
"Kenapa Tuan menjual pakaian yang ada cacatnya?"
"Kain ini sangat bagus dan sedang digemari. Walaupun demikian karena ada cacat sedikit harus saya perlihatkan. Untuk itu saya menjualnya separuh harga saja."
"Aku tak jadi membelinya. Akan kucari yang lain,"katanya.
"Tidak apa-apa, terima kasih,"sahut Imam Hanafi tetap tersenyum dalam hati, perempuan itu memuji kejujuran pedagang itu. Tidak banyak pedagang sejujur dia. Mereka sering menyembunyikan kecacatan barang dagangannya.

Sementara itu ada seorang perempuan tua, sejak tadi memperhatikan sebuah baju di rak. Berulang-ulang dipegangnya baju itu. Lalu diletakkan kembali. Imam Hanafi lalu menghampirinya.

"Silakan, baju itu bahannya halus sekali. Harganya pun tak begitu mahal."
"Memang, saya pun sangat menyukainya. " Orang itu meletakkan baju di rak. Wajahnya kelihatan sedih. "Tapi saya tidak mampu membelinya. Saya ini orang miskin,"katanya lagi.

Imam Hanafi merasa iba. Orang itu begitu menyukai baju ini, saya akan menghadiahkannya untuk ibu,"kata Imam Hanafi.
"Benarkah? Apa tuan tidak akan rugi?"
"Alhamdulillah, Allah sudah memberi saya rezeki yang lebih."Lalu, Imam Hanafi membungkus baju itu dan memberikannya pada orang tersebut.
"Terima kasih, Anda sungguh dermawan. Semoga Allah memberkahi." Tak henti-hentinya orang miskin itu berterima kasih.

Menjelang tengah hari, Imam Hanafi bersiap akan mengajar. Selain berdagang, ia mempunyai majelis pengajian yang selalu ramai dipenuhi orang-orang yang menuntut ilmu. Ia lalu menitipkan tokonya pada seorang sahabatnya sesama pedagang.
Sebelum pergi, Imam Hanafi berpesan pada sahabatnya agar mengingatkan pada pembeli kain yang ada cacatnya itu.
"Perlihatkan pada pembeli bahwa pakaian ini ada cacat di bagian lengannya. Berikan separo harga saja," kata Imam Hanafi. Sahabatnya mengangguk. Imam Hanafi pun berangkat ke majelis pengajian.

Sesudah hari gelap ia baru kembali ke tokonya.
"Hanafi, hari ini cukup banyak yang mengunjungi tokomu. O, iya! Pakaian yang itu juga sudah dibeli orang,"kata sahabatnya menunjuk tempat pakaian yang ada cacatnya.
"Apa kau perlihatkan kalau pada bagian lengannya ada sedikit cacat?" tanya Hanafi.
"Masya Allah aku lupa memberitahunya. Pakaian itu sudah dibelinya dengan harga penuh."sahabatnya sangat menyesal.

Hanafi menanyakan ciri-ciri orang yang membeli pakaian itu. Dan ia pun bergegas mencarinya untuk mengembalikan sebagian uangnya.
"Ya Allah! Aku sudah menzhaliminya, "ucap Imam Hanafi.
Sampai larut malam, Imam Hanafi mencari orang itu kesana-kemari. Tapi tak berhasil ditemui. Imam Hanafi amat sedih.

Di pinggir jalan tampak seorang pengemis tua dan miskin duduk seorang diri. Tanpa berpikir panjang lagi, ia sedekahkan uang penjualan pakaian yang sedikit cacat itu semuanya.
"Kuniatkan sedekah ini dan pahalanya untuk orang yang membeli pakaian bercacat itu,"ucap Imam Hanafi. Ia merasa tidak berhak terhadap uang hasil penjualan pakaian itu.
Imam Hanafi berjanji tidak akan menitipkan lagi tokonya pada orang lain.

Keesokan harinya Imam Hanafi kedatangan utusan seorang pejabat pemerintah. Pejabat itu memberikan hadiah uang sebanyak 10.000 dirham sebagai tanda terima kasih. Rupanya sang ayah merasa bangga anaknya bisa berguru pada Imam Hanafi di majelis pengajiannya. Imam Hanafi menyimpan uang sebanyak itu disudut rumahnya. Ia tidak pernah menggunakan uang itu untuk keperluannya atau menyedekahkannya sedikitpun pada fakir miskin.

Seorang tetangganya merasa aneh melihat hadiah uang itu masih utuh.
"Kenapa Anda tidak memakainya atau menyedekahkannya? " tanyanya.
"Tidak, Aku khawatir uang itu adalah uang haram," kata Imam Hanafi.
Barulah tetangganya mengerti kenapa Imam Hanafi berbuat begitu. Uang itu pun tetap tersimpan disudut rumahnya. Setelah beliau wafat, hadiah uang tersebut dikembalikan lagi kepada yang memberinya.

Kekuatan Sedekah .......

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Tarmizi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi,
maka bumipun bergetar.
Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah
diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"


Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum
bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek dan
diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari
besi).
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api"
(besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur
setelah dibakar api).

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah
sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air"
(api membara sedasyat apapun niscaya akan padam
jika disiram air). Para
malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah
sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab,
"Ada, iaitu angin" (air disamudera yang luas akan
serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi
gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan
angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat
dahsyat).

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah,
adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari
itu
semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya
menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan
sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya
tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat
sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu
menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya
bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk
ataupun
supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan
dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu
hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia !
Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang
akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang
diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah
kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata,
tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll
yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk
memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang
Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah
memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah,
ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti,
sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Allah Ta'ala
berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di
jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang
terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya
jalan yang mudah".. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang
dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di
jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji.
Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha
mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa
terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia
dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah
ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada
Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang
yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat
sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala,
kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda
RasulAllah SAW, sbb :
Z "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala
tidak pernah mendahului sedekah".
Z "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
Z "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal
anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita
teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa
kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan
memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan
dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll.

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah
bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat
kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini
hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang
demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan
sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan
rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu
bersedekah.

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa
sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak
tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah
hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang
bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah
ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita
bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut,
kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat
ini pemberian sedekah.
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi
sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan
berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah
dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at
dan memasukkan ke
kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan
memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya
Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut
maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah
yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang
terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi
Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan
tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia
dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi,
sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan
dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan
memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan
orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan
jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang
akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi
meskipun pada awalnya
mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW,
telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal,
segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah,
ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang
mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang
pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah
meninggal :

SADAQAH JARIAH -
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH -
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran
tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you
will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan
do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you
will gain
hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang
sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick
person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan
berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat
kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under
its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika
seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, anda
dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the
above you will receive your hasanaat until the Day of
Judgment.

Jumaat, Julai 03, 2009

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Renungan bersama..... ..... Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi,Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnyamenginsaf kan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.