Isnin, Jun 09, 2008

Tenangkan Diri .... Rehatkan Minda ... Tungguuuuu

Salam sejahtera buat insan yang terpena atau ternganga akibat kenaikan harga minyak. Usah risau atau gelabah, hidup harus diteruskan dan perjuangan masih panjang. Usah tersasau akibat bajet jadi ciput dan lari dari sasaran. Usah mengamuk dan marahkan kerajaan atau Pak lah. Ini adalah masalah global. Kita harus menghadapinya dengan tabah dan gembira. Ambil ia dari sudut yang positif. Dengan itu, barulah minda kita ceria dan hidup tambah bahagia tapi bagaimana????

Kalau minyak dah naik, maka banyaklah yang terpaksa kita kurangkan, kurangkan, kurangkan. Ini termasuklah makan iaitu berhenti sebelum kenyang ... kan itu sunah. Kurangkan beli-belah barang yang tak perlu, jangan beli terus aje kalau berkenan, fikir 10 kali dulu. Kurangkan berjalan-jalan atau ronda-ronda dengan kereta tapi sebaliknya banyakkan masa dirumah bersama anak dan isteri. Dengan ini lebih banyak masa berharga akan terluang untuk anak dan isteri. Kalau rajin tu, tanam-tanamlah tanaman kat belakang rumah dan jangan tanam dalam rumah ajer. Itulah kesan positif yang perlu kita ambil berkaitan krisis kenaikan harga minyak ini. Ini merupakan langkah jangka masa pendek dan untuk jangka masa panjang... tunggu lima tahun lagi, kita pangkah ........ lagi.

Tiada ulasan: