Selasa, Julai 02, 2013

Nikmat yang dilupa dan terlupa...

Syukur alhamdulilah..... Begitulah ucapan jika kita sentiasa bersyukur kepadaNYA. Namun begitu, berapakah ramai orang dikalangan kita ? Sebenarnya banyak nikmat yang Allah s.w.t yang kurniakan kepada kita. Kata orang alim, jika lautan dijadikan dakwat untuk menulis nikmat yang diberinya, maka habis dakwat tersebut tetapi nikmat yang diberi tak habis lagi ditulis. Apakah nikmat itu... nikmat yang utama sekali ialah nikmat Iman dan Islam. Cuba lihat orang yang bukan islam, alangkah sedihnya mereka yang masih tidak mendapat hidayah. Walaupun beribu kebaikan yang mereka buat, neraka juga balasanya kerana mereka tidak beriman. Oleh itu hargailah iman dan islam dengan mengamalkannya dan menjadi contoh kepada bukan islam. Sesungguhnya ini adalah dakwah yang terbaik jika kita tidak mampu berdakwah secara terus seperti di zaman awal islam. Selamat meraikan Ramadhan yang didalamnya terdapat seribu rahmat bagi mereka yang mengetahuinya. Selamat berpuasa.

Tiada ulasan: